Kisah mengejutkan itu terbongkar selepas
seorang pegawai dihantar ke rumah berkenaan di Munich untuk menuntut
hutang pesara berusia 70 tahun itu.
Dia menemui mayat reput wanita itu di atas katil.
Menyedihkan lagi apabila anak
perempuannya yang hidup dengan bergantung kepada bantuan kerana
menganggur tidak menyedari dia mungkin ditangkap kerana tidak
mengebumikan ibunya, kata polis.
Di Jerman, mereka yang tidak mampu
membayar upacara pengebumian boleh memohon bantuan sebanyak 3,200 euro
(RM12,834) daripada kerajaan untuk menampung kos itu.
Wanita berusia 39 tahun itu dimasukkan ke pusat psikiatrik atas permintaannya.
Polis mula menyiasat sama ada dia menuntut wang pencen ibunya kerana menyimpan mayat ibunya di rumah.
Warga emas terbabit meninggal Julai
tahun lalu dan meninggalkan anak perempuannya dengan jumlah hutang yang
banyak. Kerana tidak mampu menerima hakikat kematian ibunya dan beban
hutang ditanggung, dia merahsiakan kematian wanita tua itu. – Agensi
0 komentar:
Posting Komentar